Saturday, December 18, 2010

Salam Perpisahan...

Saya Ibrahim bin Yaacob, GPK Kokurikulum SMK Sungai Pusu ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan salam perpisahan buat rakan-rakan GPK Kokurikulum. Saya memohon berbanyak ampun dan maaf andainya ada terkasar bicara, sepanjang tempoh saya menjadi GPK Kokurikulum.
Buat AJK Majlis Permuafakatan GPK Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak juga, saya memohon berbanyak maaf atas kekurangan saya semasa menjadi setiausaha. Terima kasih kepada semua.
Harapan saya semoga blog ini dapat diteruskan penerbitannya untuk menjadi wahana komunikasi antara semua GPK Kokurikulum.

TAKZIAH...

Seluruh warga GPK Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak merakamkan ucapan TAKZIAH buat Pn. Rohani serta ahli keluarga atas pemergian anandanya menemui Ilahai pada hari Jumaat bersamaan 10 Disember yang lalu. Semoga Pn. Rohani terus bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah.