Friday, June 19, 2009

Penggunaan Logo Baru PPD

Kebanyakan PPD seluruh negara telah mula menggunakan logo baru yang standart. Penggunaannya secara rasmi ialah pada 14 Februari 2009.

KETERANGAN LOGO

PENGENALAN:
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka bentuk logo PPD dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini mengandungi tiga gabungan unsur yang melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang berfokuskan tanggungjawab dan peranan PPD/PPG di Malaysia.

PENGERTIAN RUPA
i. Buku dan Kalam Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama dalam melaksanakan program pendidikan Negara.
ii. Jalur empat berserta anak panah Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum utama iaitu Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia.
iii. Bulan dan Pecahan 14 Bintang Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi.

PENGERTIAN WARNA
i. Warna Biru Tua ( berjalur empat ) Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta akan ilmu.
ii. Warna Biru Muda ( rupa buku ) Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda atau sejak zaman kanak-kanak lagi.
iii. Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat

PENGERTIAN AKSARA
* PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
* PPG : Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah & Sarawak )
* Nama PPD : Diperjelaskan di bawah logo mengikut PPD masing-masing

Sumber : PPD Pontian, Johor.

Thursday, June 11, 2009

Tindakan GPK Kokurikulum

Antara beberapa laporan yang perlu tindakan GPK Kokurikulum dengan kadar yang segera. Edit

1. Borang Penyertaan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 ( pada atau sebelum 16 Jun 2009 )

2. Data Program Sukan MSS Daerah Gombak tahun 2009 ( pada atau sebelum 15 Jun 2009 )

3. Laporan Perbelanjaan Wang Peruntukan Kokurikulum Sekolah kali Pertama Pertengahan Tahun 2009 ( pada atau sebelum 12 Jun 2009 )

4. Laporan Unjuran Bantuan Pakaian Seragam tahun 2009 ( pada atau sebelum 4 Jun 2009 )

5. Data Penglibatan Sekolah Sebagai Pengerusi/ AJK Program Sektor Pembangunan Kemanusiaan 2009 ( pada atau sebelum 27 Mei 2009 )

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Gombak 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Gombak akan mengadakan sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Daerah Gombak bagi tahun 2009 seperti berikut:

Tarikh : 18 Jun 2009 ( Khamis )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SBPI Rawang