Sunday, December 20, 2009

PENILAIAN MARKAH 10% KOKURIKULUM

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE IPTA
SESI 2010 BAGI CALON SPM, STPM DAN STAM

1- Kemasukan secara terus / on line mulai 10 Disember 2009 ke bahagian
Pengurusan Maklumat KPM.

2 - Tarikh akhir kemasukan sebelum 15 Januari 2010.

3- Kiraan markah dikira dari himpunan CGPA bagi lima tahun
mulai 2005, 2006,2007,2008 dan 2009.

4. Hantar 2 (dua ) salinan cetakan ke Unit Kokurikulum PPD Gombak
( u.p- Pn Noor Sofiah Mohamed Ismail) berserta analisa sekolah sebelum atau
pada 16 Januari 2010.

5. Surat berkaitan boleh di muat turun di halaman bersebelahan.

6. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Penyelia Kokurikulum PPD
Gombak

Monday, November 30, 2009

KURSUS PENGURUSAN KEDAI KOPERASI NEGERI SELANGOR


Tarikh : 29 dan 30 November 2009

Tempat : Hotel Empress, Sepang

Penglibatan : 23 orang pelajar dan 23 orang guru sekolah menengah daerah Gombak

Majlis Hi-Tea GPK Kokurikulum 2009

























Tarikh : 21 November 2009 ( Sabtu )
Tempat : Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Tuesday, October 27, 2009

Kursus Pengurusan Kokurikulum



Para peserta kursus yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak bergambar bersama-sama Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Monday, October 12, 2009

PENGHANTARAN DATA KOKURIKULUM

Tuan/Puan diminta mengemaskini Data Kokurikulum (SMM), Analisa Bantuan Pakaian Seragam dan Laporan Keseluruhan Peruntukkan Kokurikulum (DKK-S) melalui emel kokugombak@yahoo.com.my. sebelum 19hb Oktober 2009.

sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada Penyelia Kokurikulum PPD Gombak.

Wednesday, September 9, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN GPK KOKURIKULUM

MESYUARAT PENGURUSAN GPK KOKURIKULUM
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH GOMBAK

TARIKH :16 SEPT 2009 (Rabu)
MASA :8.30 pagi - 4.30 petang
Sesi 1 - 8.30 pg - Sekolah Rendah (SK)
Sesi 2 - 2.15 ptg - Sekolah Menengah (SM) dan
- Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK C dan T)
TEMPAT : Dewan Seminar PPD Gombak
AGENDA : 1. Ucapan Pangerusi
2. Data BPS, Laporan Peruntukan Koku dan Data SMM
3. laporan Pemantauan Sekolah
4. Hal-hal lain

Kehadiran diwajibkan

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Wan Zainab / En Sharim / Pn Sofia

Friday, August 28, 2009

TAMBAHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM 2009

Permohonan untuk tambahan Bantuan Pakaian Seragam 2009
masih dibuka kepada semua sekolah rendah dan menengah daerah
Gombak. Sekiranya masih ada murid yang berkelayakan, pihak sekolah boleh segera membuat permohonan tambahan terus ke unit kewangan JPS dan hantar
salinan ke PPD Gombak.

Wednesday, August 26, 2009

Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah

Makluman : Buku ini telah diimbas untuk dimuatkan di sini. Sekiranya ada yang berhajat bolehlah muaturun bahan ini. Terima kasih - aibiwai.



Klik pada gambar untuk muat turun

Thursday, August 20, 2009

SEKITAR LAWATAN KE SMK SERI SERDANG

Program : Lawatan Penandaarasan
Tarikh : 07 Julai 2009
Tempat : SMK Seri Serdang
Peserta : Pengetua dan GPK Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak







MAKLUMAN DARIPADA PPD - UNIT KOKURIKULUM

Tambahan untuk peruntukan bantuan pakaian seragam bagi pelajar yang layak boleh dipohon ke unit kewangan. Salinan permohonan dihantar ke PPD Gombak.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pn. Noor Sofiah, Penyelia Kokurikulum PPD Gombak.

Wednesday, July 22, 2009

MAJLIS PERSARAAN PN. SITI NORMA BT MOHD YUSOF



Majlis Permuafakatan Penolong Kanan Kokurikulum Daerah Gombak turut meraikan Majlis Persaraan Tuan PPD Gombak, Pn. Siti Norma.

Friday, July 10, 2009

Mesyuarat Pemurnian Rekod


Menyuarat Pemurnian Rekod Pengurusan Kokurikulum Sekolah-sekolah Daerah Gombak PPD Gombak

Tarikh : 9 - 10 Julai 2009
Tempat : Hotel Quality, Shah Alam
Peserta : 16 GPK Kokurikulum





Friday, June 19, 2009

Penggunaan Logo Baru PPD

Kebanyakan PPD seluruh negara telah mula menggunakan logo baru yang standart. Penggunaannya secara rasmi ialah pada 14 Februari 2009.

KETERANGAN LOGO

PENGENALAN:
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka bentuk logo PPD dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini mengandungi tiga gabungan unsur yang melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang berfokuskan tanggungjawab dan peranan PPD/PPG di Malaysia.

PENGERTIAN RUPA
i. Buku dan Kalam Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama dalam melaksanakan program pendidikan Negara.
ii. Jalur empat berserta anak panah Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum utama iaitu Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia.
iii. Bulan dan Pecahan 14 Bintang Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi.

PENGERTIAN WARNA
i. Warna Biru Tua ( berjalur empat ) Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta akan ilmu.
ii. Warna Biru Muda ( rupa buku ) Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda atau sejak zaman kanak-kanak lagi.
iii. Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat

PENGERTIAN AKSARA
* PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
* PPG : Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah & Sarawak )
* Nama PPD : Diperjelaskan di bawah logo mengikut PPD masing-masing

Sumber : PPD Pontian, Johor.

Thursday, June 11, 2009

Tindakan GPK Kokurikulum

Antara beberapa laporan yang perlu tindakan GPK Kokurikulum dengan kadar yang segera. Edit

1. Borang Penyertaan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 ( pada atau sebelum 16 Jun 2009 )

2. Data Program Sukan MSS Daerah Gombak tahun 2009 ( pada atau sebelum 15 Jun 2009 )

3. Laporan Perbelanjaan Wang Peruntukan Kokurikulum Sekolah kali Pertama Pertengahan Tahun 2009 ( pada atau sebelum 12 Jun 2009 )

4. Laporan Unjuran Bantuan Pakaian Seragam tahun 2009 ( pada atau sebelum 4 Jun 2009 )

5. Data Penglibatan Sekolah Sebagai Pengerusi/ AJK Program Sektor Pembangunan Kemanusiaan 2009 ( pada atau sebelum 27 Mei 2009 )

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Gombak 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Gombak akan mengadakan sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Daerah Gombak bagi tahun 2009 seperti berikut:

Tarikh : 18 Jun 2009 ( Khamis )
Masa : 2.00 petang
Tempat : SBPI Rawang

Saturday, May 23, 2009

Laporan Pengelolaan Kejohanan Sukan MSSD Gombak Tahun 2009

Sukacita dimaklumkan Unit Sukan PPD Gombak mohon kerjasama pengerusi yang terlibat untuk menghantar laporan dan Dokumen peringkat Daerah seperti berikut:



1. Laporan Kejohanan

2. Dokumentasi

3. Laporan Kewangan

4. Instrumen Pemantauan Kejohanan MSSD



sebelum 18 Mei 2009 kepada Penyelia Sukan & Kokurikulum PPD Gombak. Untuk latihan pusat mohon hantar bil makanan.



Pengerusi Permainan MSSD Gombak Tahun 2009.



1. Merentas Desa - SMK Bandar Tasik Puteri & SK Bandar Tasik Puteri

2. Catur - SMK Bandar baru Sungai Buloh & SK Kuang

3. Bola Jaring - SMK Ideal Height & SK Sinaran Budi

4. Ragbi - SMK Sungai Kertas & SK Seri Kundang

5. Sepak Takraw - SMK Bukit Gading & SK Sungai Pelong

6. memanah - SMK Gombak Setia & SK Bandar Baru Selayang 2

7. Badminton - SM Teknik Gombak & SK Klang Gate

8. Ping Pong - SBPI Rawang & SJKC Kundang

9. Golf - SMK Bukit Rahman Putra & SK Bukit Rahman Putra

10. Olahraga - SMK Taman Melawati, SK Taman Prima, SK Rawang, SK Sungai Tua Baharu, SK Kepong & SK Hulu Kelang

11. Gimrama - SK Lembah Keramat

12. Gimnastik - SK Selayang Utama

13. Sofbol - SMK Hillcrest & SK Selayang Baru 1

14. Bola Keranjang - SMK Seri Garing & SJKC San Yuk

15. Boling Tenpin - SMK Darul Ehsan & SK Selayang Utama

16. Bola Baling - SMK Rawang & SK Selayang Utama

17. Bola Tampar - SMK Seri Gombak & SK Taman Samudra

18. Bola Sepak - SMK Taman Ehsan & SK Selayang Jaya

19. Hoki - SMK Sungai Pusu & SK Bandar Baru Selayang

20. Kriket - SMK Seri Selayang & SK Taman Seri Gombak

21. Tenis - SMK Lembah Keramat & SK Merbau Sempak

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat HARI GURU buat semua guru yang berkhidmat di daerah GOMBAK, dan di seluruh negara baik yang sedang berkhidmat maupun yang sedang "berehat". Jasamu dikenang selalu.

TAHNIAH TUAN SAJOLI

En. Sajoli bin Masdor

Seluruh GPK Kokurikulum sekolah-sekolah daerah Gombak mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan, kerana dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak ( Sektor Pengurusan Kemanusiaan ) yang baru.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di PPD Gombak sebagai Ketua Unit Teknik dan Vokasional. Jawatan terakhir beliau sebelum ini ialah Penolong Kanan di SMK Hulu Kelang.
Beliau akan menguruskan hal ehwal unit-unit di bawah naungan iaitu :
Unit Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Sukan, Unit Kokurikulum, Unit Koakademik, dan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah