Saturday, December 18, 2010

Salam Perpisahan...

Saya Ibrahim bin Yaacob, GPK Kokurikulum SMK Sungai Pusu ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan salam perpisahan buat rakan-rakan GPK Kokurikulum. Saya memohon berbanyak ampun dan maaf andainya ada terkasar bicara, sepanjang tempoh saya menjadi GPK Kokurikulum.
Buat AJK Majlis Permuafakatan GPK Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak juga, saya memohon berbanyak maaf atas kekurangan saya semasa menjadi setiausaha. Terima kasih kepada semua.
Harapan saya semoga blog ini dapat diteruskan penerbitannya untuk menjadi wahana komunikasi antara semua GPK Kokurikulum.

TAKZIAH...

Seluruh warga GPK Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak merakamkan ucapan TAKZIAH buat Pn. Rohani serta ahli keluarga atas pemergian anandanya menemui Ilahai pada hari Jumaat bersamaan 10 Disember yang lalu. Semoga Pn. Rohani terus bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah.

Thursday, October 7, 2010

Jamuan Hari Raya

Pengerusi dan Jawatankuasa
Majlis Permuafakatan GPK Kokurikulum SM Daerah Gombak

mempersilakan Tuan/Puan

GPK Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Gombak

ke

Jamuan Hari Raya
@ Majlis Permuafakatan GPK Kokurikulum SM Daerah Gombak 2010

Tarikh : 08 Oktober 2010 ( Jumaat )
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Teratak Pn. Julia Hamzah
No. 6, Jalan K 6
Taman Melawati

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriah dan menyerikan majlis ini.

Friday, April 23, 2010

Pendaftaran Pengakap Tahun 2010

Senarai sekolah yang sudah menghantar borang pendaftaran sehingga hari ini 23 April 2010.

SEKOLAH MENENGAH:

1. SMK Sungai Pusu

2. SMK Seri Keramat

3. SMK Gombak Setia

4. SMK Kepong

5. SMK Taman Selayang

6. SM Vokasional Sg Buloh

7. SMK Seri Garing** tiada slip pembayaran

8. SMK Bukit Indah** tiada borang PPM1B

9. SMK Seri Selayang

10. SMK Ideal Height


SEKOLAH RENDAH:

1. SK Kuala Ampang 2

2. SK Bandar Baru Selayang 2

3. SK Gombak Utara

4. SK Kepong

5. SK Gombak 1

6. SJKT Batu Caves

7. SJKC Kuang** silap tulis cek

8. SK Taman Bukit Indah** tiada slip pembayaran

9. SK Sungai Pusu

10. SK Bandar Baru Selayang

11. SK Bukit Rahman Putra

12. SK Bukit Rawang Jaya


Tahniah kepada sekolah-sekolah yang sudah menunaikan tanggungjawab. Urusan pendaftaran masih dibuka. Kepada sekolah-sekolah yang masih belum membuat pendaftaran, diminta berbuat demikian dengan kadar yang segera.

Laporan Pendaftaran akan dihantar ke PPD dan JPN untuk tindakan susulan. Terima kasih.

Saturday, April 10, 2010

HI-TEA

Hi-Tea GPK Kokurikulum ( Sek. Men ) akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 24 APRIL 2010

Hari : SABTU

Masa : 12.00 - 3.00 petang

Tempat : CORUS HOTEL, Jalan Ampang.

Bayaran : RM 20.00

Tuesday, March 9, 2010

Mesyuarat GPK Kokurikulum


MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW, HOKI, BADMINTON, TENIS DAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH GOMBAK 2010

Kepada
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah-sekolah Daerah Gombak

Tarikh : 10 Mac 2010
Hari : Rabu
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Dewan Latihan PPD Gombak SK Taman Prima

Sila muat turun peraturan dan borang penyertaan sukan-sukan berkenaan daripada Blog http://unitkogombak.blogspot.com
dan dibawa bersama semasa mesyuarat tersebut

Saturday, January 30, 2010

Jawatankuasa Baru

Pemilihan Jawatankuasa Baru Majlis Permuafakatan GPK Kokurikulum Sekolah Menengah Daerah Gombak telah dibuat pada 19 Januari 2010

Barisan Kepimpinan Majlis yang baru terdiri daripada :

Pengerusi : EN. MOHAMAD HANAPIAH BIN BAHARUDIN (SMK Seri Selayang)
Naib Pengerusi : PN.NORLAILA BT MAT JALI (SMK Lembah Keramat)
Setiausaha : EN. IBRAHIM BIN YAACOB ( SMK Sungai Pusu)
Bendahari : PN. NORMALA BT ABDULLAH ( SMK Ideal Heights)
AJK :
1. EN. AHMAD NAZRI BIN MOHD MANSOR ( SAM Paya Jaras)
2. EN. KHALIL BIN ABDUL HAKIM (SMK Bandar Tasik Puteri)
3. EN. MOHD ROSLAN BIN HUSSIN ( SMK Hillcrest)
4. PN. JULIA BT HAMZAH ( SMK Taman Melawati)

Monday, January 18, 2010

MESYUARAT GPK KOKURIKULUM

Mesyuarat Pengurusan GPK Kokurikulum Daerah Gombak kali 1/2010

Kepada
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah-Sekolah Daerah Gombak

MESYUARAT PENGURUSAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEKOLAH-SEOLAH DAERAH GOMBAK BIL 1/2010

Tarikh : 19 januari 2010 ( Selasa)
Tempat : Dewan Latihan PPDG, SK Taman Prima
Masa : 9.00 pagi
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Laporan 2009 dan Perancangan 2010
3. Pemantauan Kokurikulum 2010
4. Hal-hal lain


Kehadiran adalah wajib

Monday, January 4, 2010

Ucapan Tahniah

Seluruh warga GPK Kokurikulum (Menengah) merakamkan ucapan tahniah kepada yang berkenaan atas pelantikan ke jawatan baru.

1. En. Sajoli Masdor - Pengetua SMK Bukit Indah
2. En. Ahmad Shukri Mansor - Penolong PPD Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Sunday, January 3, 2010

PERINGATAN

Tarikh akhir kemasukan markah Penilaian 10% Kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke IPTA sesi 2010 untuk SPM, STPM dan STAM pada 15 Januari 2010.

Berakhir 31 Disember 2009. hanya 8 % sekolah-sekolah di Negeri Selangor yang mengisi markah tersebut. Oleh itu, tuan/puan diminta mengisi segera kemasukan markah 10% sebelum saat akhir bagi mengelakkan sebarang masalah.