Saturday, May 23, 2009

Laporan Pengelolaan Kejohanan Sukan MSSD Gombak Tahun 2009

Sukacita dimaklumkan Unit Sukan PPD Gombak mohon kerjasama pengerusi yang terlibat untuk menghantar laporan dan Dokumen peringkat Daerah seperti berikut:



1. Laporan Kejohanan

2. Dokumentasi

3. Laporan Kewangan

4. Instrumen Pemantauan Kejohanan MSSD



sebelum 18 Mei 2009 kepada Penyelia Sukan & Kokurikulum PPD Gombak. Untuk latihan pusat mohon hantar bil makanan.



Pengerusi Permainan MSSD Gombak Tahun 2009.



1. Merentas Desa - SMK Bandar Tasik Puteri & SK Bandar Tasik Puteri

2. Catur - SMK Bandar baru Sungai Buloh & SK Kuang

3. Bola Jaring - SMK Ideal Height & SK Sinaran Budi

4. Ragbi - SMK Sungai Kertas & SK Seri Kundang

5. Sepak Takraw - SMK Bukit Gading & SK Sungai Pelong

6. memanah - SMK Gombak Setia & SK Bandar Baru Selayang 2

7. Badminton - SM Teknik Gombak & SK Klang Gate

8. Ping Pong - SBPI Rawang & SJKC Kundang

9. Golf - SMK Bukit Rahman Putra & SK Bukit Rahman Putra

10. Olahraga - SMK Taman Melawati, SK Taman Prima, SK Rawang, SK Sungai Tua Baharu, SK Kepong & SK Hulu Kelang

11. Gimrama - SK Lembah Keramat

12. Gimnastik - SK Selayang Utama

13. Sofbol - SMK Hillcrest & SK Selayang Baru 1

14. Bola Keranjang - SMK Seri Garing & SJKC San Yuk

15. Boling Tenpin - SMK Darul Ehsan & SK Selayang Utama

16. Bola Baling - SMK Rawang & SK Selayang Utama

17. Bola Tampar - SMK Seri Gombak & SK Taman Samudra

18. Bola Sepak - SMK Taman Ehsan & SK Selayang Jaya

19. Hoki - SMK Sungai Pusu & SK Bandar Baru Selayang

20. Kriket - SMK Seri Selayang & SK Taman Seri Gombak

21. Tenis - SMK Lembah Keramat & SK Merbau Sempak

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat HARI GURU buat semua guru yang berkhidmat di daerah GOMBAK, dan di seluruh negara baik yang sedang berkhidmat maupun yang sedang "berehat". Jasamu dikenang selalu.

TAHNIAH TUAN SAJOLI

En. Sajoli bin Masdor

Seluruh GPK Kokurikulum sekolah-sekolah daerah Gombak mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan, kerana dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak ( Sektor Pengurusan Kemanusiaan ) yang baru.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di PPD Gombak sebagai Ketua Unit Teknik dan Vokasional. Jawatan terakhir beliau sebelum ini ialah Penolong Kanan di SMK Hulu Kelang.
Beliau akan menguruskan hal ehwal unit-unit di bawah naungan iaitu :
Unit Hal Ehwal Murid, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Sukan, Unit Kokurikulum, Unit Koakademik, dan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah